Fotografi Komersial
Fotografi komersial dapat di bahagikan mengikut beberapa kategori:
- Fotografi Advertising: Foto yang dicipta untuk ilustrasi dan biasanya dijual untuk perkhidmatan atau produk. Imej ini biasanya digunakan oleh agensi advertising, firma rekabentuk atau kumpulan perekabentuk dalaman sesebuah organisasi korporat.
- Fotografi Fesyen dan Glamour: Jenis ini biasanya membabitkan model. Fotografi fesyen menekankan pakaian atau produk, manakala fotografi glamour pula menekankan model. Fotografi glamour terkenal dalam advertising dan dalam majalah lelaki dan wanita. Sesetengah model dalam fotografi glamour mungkin akan berbogel, tetapi ini bukanlah selalu menjadi perkaranya.
- Fotografi Still Life biasanya menggambarkan subjek yang tidak bernyawa, biasanya ia adalah objek yang mana terjadi secara natural atau buatan manusia.
- Fotografi Food digunakan untuk pengarang rencana, pembungkusan atau kegunaan advertising. Fotografi makanan adalah sama dengan fotografi still life, tetapi ia memerlukan beberapa kemahiran istimewa.
- Fotografi Pengarang Rencana(Editorial) .Foto digunakan untuk illustrasi sesebuah cerita atau idea dalam konteks majalah. Ia biasanya digunakan oleh majalah.
- Fotografi Fotojurnalistik(Photojurnalism): Ini dapat dianggap sebagai salah satu cabang dalam fotografi pengarang rencana. Foto yang digunakan dalam konteks ini diterima pakai sebagai dokumentasi cerita bagi berita.
- Fotografi Potrait dan Fotografi Perkahwinan: Foto digunakan dan dijual terus kepada pengguna terakhir.
- Fotografi Fine Art: Foto digunakan untuk memenuhi misi dan digunakan semula untuk jualan terus ke pelanggan.
- Fotografi Landscape: Foto yang mempunyai lokasi berlainan yang digunakan untuk jualan kepada pelancong sebagai poskad dsb.
Nilai EV adalah perhubungan antara shutter speed dan diafragma(aperture), dikatakan juga sebagai tahap terang/gelap sesebuah gambar.
Angka EV adalah angka untuk 1 kali exposure (1 frame 1 take), tidak berlaku untuk double/multi exposure. Dengan kata lain, EV adalah hasil perhitungan antara speed, diafragma, dan ISO. Berikut ini rumusnya:
EV = log2(aperture2 x (1/shutter speed) x (ISO sensitivity/100))
Dalam fotografi, EV adalah jumlah sinar yang diperlukan untuk 1 kali
exposure, angka EV juga melambangkan perhubungan antara shutter
speed dengan diafragma untuk mendapatkan exposure normal, tidak kurang
dan tidak lebih. Berikut ini adalah table EV dengan catatan ISO 100 :
Jadi contohnya, anda berada di ruangan A mendapatkan speed 1/125 dan
diafragma 5.6 serta ISO 100. Bererti nilai EV adalah 12. Dan ketika anda berada di ruangan B anda mendapatkan diafragma 4, maka untuk
mendapatkan nilai EV (besar gelap/terang) yang sama, anda seharusnya
menggunakan speed 1/250 kerana nilai EV 1/125 & 5.6 dengan 1/250
& 4 adalah sama.
Di dalam feature kamera, beza EV dapat kita susun mengikut keperluan, mengubah beza EV di kamera sama dengan mengubah kompensasi exposure(Exposure Compensation). Beza kompensasi ada yang 1/2 atau 1/3. Kalau dalam mode Manual (M), beza EV dapat dicari dengan menggabungkan speed dan diafragma(aperture).
EXPOSURE COMPENSATION (EC)
Exposure compensation (EC) adalah kemampuan untuk mengubah exposure value (EV)
yang dihitung oleh kamera dengan preset value antara -2 sampai +2 EV dalam 0.3 EV step
secara normal.
Auto Program dan Program Mode (P)
Dalam mode ini, keseluruhan setting telah di atur secara automatik oleh kamera sendiri. Anda tidak perlu lagi untuk mengubah apa-apa setting bagi Aperture dan Shutter Speed.
Aperture Priority (A)
Dalam mode ini, anda secara manual memilih lens aperture dan camera anda yang secara automatik akan memilih shutter speed. Apabila set kamera anda ke Aperture Priority,anda boleh mengubah Aperturenya secara manual dan kamera anda akan mengatur Shutter Speed secara automatik untuk memberikan exposure yang "PERFECT".
Pemilihan penggunaan Aperture Priority ini biasanya:
(a). Cahaya sekeliling sangat minimum.
(b). Apabila menginginkan maksimum depth-of-field dan objek yang tidak bergerak.
Shutter Priority (S)
Dalam mode ini, anda memilih shutter speed secara manual dan meter kamera anda akan memilih aperture secara automatik. Sama dengan Aperture Priority tetapi kali ini yang anda mengubah shutter speednya, kamera anda akan mengatur Aperture secara automatik.Dengan Shutter Priority ini lah kita dapat:
(a). FREEZE MOTION = pembekuan gerakan yang terakam di film
(b). IMPLYING MOTION = untuk menghasilkan flowing effect, yang bersifat memberikan efek gerakan
Manual Exposure (M)
Dalam mode ini, membolehkan kita mengatur sendiri kedua-dua setting Aperture dan Shutter Speed untuk mendapatkan exposure yang kita hendaki.
Exposure berhubungkait dengan empat perkara dibawah:
1. APERTURE (Diafragma)
Aperture adalah bukaan lensa untuk mengatur berapa banyak cahaya yang masuk.
Ukuran aperture diukur dengan f/ number. Semakin besar nombor f/
nya semakin kecil bukaan lensanya. Begitu juga sebaliknya semakin kecil nombor f/ nya,
semakin besar bukaan lensanya. CONTOH: f/2.8 bukaan lensanya lebih besar
daripada f/11.Aperture adalah yang bertanggung jawab ke atas ketajaman di dalam satu foto.Ketajaman dari Depth-of-Field(DOF), iaitu apabila lensa menfokus kepada sesuatu subjek di dalam sesuatu jarak ,
semua subjek dalam jarak tersebut akan berada dalam focus , subjek yang
tidak berada di dalam jarak focus secara teorinya akan kabur.
Ukuran Aperture dalam perbezaan ukuran satu stop (-1) adalah:
f/2 -> f/2.8 -> f/4 -> f/5.6 -> f/8 -> f/11 -> f/16 -> f/22
2. SHUTTER SPEED (Kecepatan penutup lensa)
Shutter Speed bertugas mengatur berapa lama cahaya itu masuk. Contoh: Shutter speed 1/2s membenarkan cahaya yang masuk lebih lama.Shutter speed 1/2000s membenarkan cahaya yang masuk sebentar sahaja.
Urutan Shutter Speed dalam perbezaan ukuran satu stop adalah:
1/8 -> 1/15-> 1/30 ->1/60 ->1/125 ->1/250 ->1/500 ->1/1000
3. ISO
Setting ISO pada kamera akan menentukan seberapa tinggi tingkat
sensitiviti sensor kamera terhadap cahaya yang ada. Semakin tinggi
nilai sensitiviti tersebut maka akan semakin sedikit jumlah cahaya
yang diperlukan untuk menghasilkan gambar. Secara sederhana: semakin
kurang cahaya yang ada maka semakin tinggi nilai
ISO yang mesti kita setting pada kamera.
Ukuran ISO dalam perbezaan satu stop adalah:
100 ->200 ->400-> 800 ->1600
ISO 800 adalah 3 kali lebih sensitif daripada ISO 100 (lebih sensitif terhadap cahaya 3 stop), tetapi hasil fotonya mempunyai 'noise' (seperti berpasir).
4. BRACKETING
Bracketing adalah suatu teknik yang dapat di manfaatkan untuk mendapatkan exposure yang tepat dan biasanya dilakukan dengan pengambilan gambar meng-over expose +1 dan meng-under expose -1, bergantung pada photographer itu sendiri. Kamera mempunyai built-in light meter dan sensor di dalamnya yang ada tanda +''''0''''- .Bila ia menunjukkan tanda panahnya ke 0, ia menunjukkan exposure yang betul.
Komposisi diertikan sebagai cara menata elemen-elemen dalam gambar, elemen-elemen ini merangkumi garis, shape, form, warna, terang dan gelap.Yang paling utama dari aspek komposisi adalah menghasilkan visual impact- sebuah kemampuan untuk menyampaikan perasaan yang anda inginkan untuk berkarya dalam foto anda. Dengan demikian anda perlu mengatur sedemikian rupa agar tujuan anda tercapai, adakah itu untuk menyampaikan kesan statik dan diam atau sesuatu yang mengejutkan atau berbeza. Dalam komposisi klasik selalu ada satu titik perhatian yang pertama menarik perhatian. Hal ini terjadi kerana penyusunan posisi, subordinasi, kontras cahaya atau kehebatan subjek dibandingkan dengan persekitarannya atau pengaturan sedemikian rupa yang membentuk arah yang membawa perhatian pengamat pada satu titik.
Secara keseluruhan, komposisi klasik yang baik memiliki keseimbangan yang baik. Ada keseimbangan antara gelap dan terang, antara bentuk padat dan ruang terbuka atau warna-warna cerah dengan warna-warna gelap. Pada kesempatan-kesempatan tertentu, bila diperlukan mungkin anda akan memerlukan komposisi anda seluruhnya secara simetri. Seringkali gambar yang anda buat lebih dinamik dan secara visual lebih menarik bila anda menempatkan subjek ditengah. Anda harus menghindari sebuah garis pembahagi biarpun itu vertikal.
Untuk menghindari sebuah gambar yang dinamik diperlukan juga kehadiran irama. Irama ini terjadi kerana adanya pengulangan berkali-kali sebuah objek yang berukuran kecil. Kehadiran irama dalam gambar mengesahkan adanya suatu gerakan.
- Garis
Fotografer yang baik kerap menggunakan garis pada karya-karya mereka untuk membawa perhatian pemerhati pada subjek utama. Garis juga dapat menimbulkan kesan kedalaman dan memperlihatkan gerak pada gambar. Ketika garis-garis itu sendiri digunakan sebagai subjek, yang terjadi adalah gambar-gambar menjadi menarik perhatian. Tidak penting samada garis itu lurus, melingkar atau melengkung, membawa mata keluar dari gambar. Yang penting garis-garis itu menjadi dinamik.
- Shape
Salah satu formula paling sederhana yang dapat membuat sebuah foto menarik perhatian adalah dengan memberi keutamaan pada sebuah elemen visual. Shape adalah salah satunya. Kita menganggap shape sebagai outline yang tercipta kerana sebuah shape terbentuk pada inti, subjek foto, gambar dianggap memiliki kekuatan visual dan kualiti abstrak. Untuk membuat shape menonjol, anda harus mampu memisahkan shape tersebut dari lingkungan sekitarnya atau dari latar belakang yang terlalu banyak. Kontras ini terjadi akibat daripada perbezaan gelap terang atau perbezaan warna.
Sebuah shape sudah tentu tidak berdiri sendiri. Ketika masuk kedalam sebuah pemandangan yang mempunyai dua atau lebih shape yang sama, kita juga dapat meng-crop salah satu shape untuk memperkuat kualiti gambar.
- Form
Ketika shape sendiri dapat mengindentifikasikan objek, form diperlukan untuk memberi kesan padat dan tiga dimensi. Hal ini merupakan faktor penting untuk mencipta kesan kedalaman dan realiti. Kualiti ini tercipta dari bentukan cahaya dan tone yang kemudian membentuk garis-garis dari sebuah objek. Faktor penting yang menentukan bagaimana form terbentuk adalah arah dan kualiti cahaya yang mengenai objek tersebut.
- Tekstur
Sebuah foto dengan gambar tekstur yang menonjol adalah merupakan sebuah bentuk kreatif dari shape atau pattern. Jika memadai, tekstur akan memberikan realisasi pada foto, membawa kedalaman dan kesan tiga dimensi ke subjek anda.
Tekstur dapat dilihat jelas pada dua sisi yang berzeda. Ada tekstur yang dapat dijumpai bila kita mendekatkan diri pada subjek untuk memperbesar apa yang kita lihat, misalnya semasa ingin merakam tekstur permukaan sehelai daun. Ada pula masa dimana kita harus mengulangi kerana subjek yang kita tuju adalah pemandangan yang sangat luas. Tekstur juga muncul ketika cahaya menerpa sebuah permukaan dengan sudut rendah, membentuk bayangan yang sama dalam area tertentu.
Merakam tekstur dianggap berhasil bila perakam dapat menghubungkan sedemikian rupa sehingga pemerhati foto seolah dapat merasakan permukaan tersebut bila menyentuhnya. Sama seperti pattern, tekstur paling baik ditampilkan dengan beberapa variasi dan nampak melebar hingga keluar batas gambar.
- Pattern
Pattern yang berupa pengulangan shape, garis dan warna adalah elemen visual lainnya yang dapat menjadi perhatian utama. Keberadaan pengulangan itu menimbulkan kesan harmoni dalam gambar. Tapi jika terlalu banyak keseragaman akan mengakibatkan gambar menjadi membosankan. Rahsia penggunaan pattern adalah menemukan variasi yang mampu menangkap perhatian pemerhati.
Pattern biasanya paling baik diungkapkan dengan merata. Walaupun pencahayaan dan sudut viewfinder kamera membuat sebuah gambar cenderung kurang kesan kedalamannya dan memungkinkan sesuatu yang berulangkali menjadi menonjol.
Dengan mempelajari prinsip-prinsip komposisi di atas, berikut ini adalah beberapa jenis yang dapat anda gunakan :
- Rule of thirds
Bayangkan ada garis-garis panduan yang membentuk sembilan buah empat persegi panjang yang sama besar pada sebuah gambar. Elemen-elemen gambar yang muncul di sudut-sudut persegi panjang pusat akan mendapat daya tarik maksimum. - Format : Horizon atau Vertikal
Proporsi empat persegi panjang pada viewinder memungkinkan kita untuk melakukan rakaman dalam format landscape/horizontal atau vertikal/portrait. Perbezaan pengambilan format dapat menimbulkan efek berbeza pada komposisi akhir. Lihatlah pada viewfinder secara horizontal maupun vertikal dan tentukan keputusan kreatif untuk hasil terbaik. - Keep it simple
Dalam beberapa keadaan, pilihan terbaik adalah keep it simple. Sangat rumit bagi orang yang melihat sebuah foto apabila terlalu banyak titik yang menarik perhatian. Umumnya makin banyak subjek sebuah gambar, makin kurang menarik gambar itu. Cuba memfokus hanya pada satu titik perhatian dan maksimakan daya tarikannya. - Picture scale
Sebuah gambar yang nampak biasa namun menjadi menarik kerana ada sebuah titik kecil yang menarik perhatian. Dengan rakaman landscape atau monument, kembangkan daya tarikan perakam dengan menambahkan objek yang diketahui besarnya sebagai titik perhatian untuk memberikan kesan perbandingan skala. - Horizontal
Mengubah keseimbangan langit dan tanah dapat mengubah pemandangan gambar secara radikal. Bila gambar hampir dipenuhi oleh langit akan memberikan kesan polos terbuka dan lebar tapi bila langit hanya ditinggalkan sedikit di bahagian atas gambar, akan timbul kesan penuh. - Leading Lines
Garis yang membawa mata orang yang melihat foto ke dalam gambar atau melintasi gambar. Umumnya garis-garis ini berbentuk :
Garis-garis yang terlihat secara fizik contohnya garisan jalan atau tidak terlihat secara langsung misalnya bayangan, refleksi. - Be different
Barangkali ada sudut lain yang dapat diambil selain sudut dari depan dan merakam paralel ke tanah. Bergerak mendekat dari yang diduga seringkali menghasilkan efek yang menarik. - Colour
Membuat bahagian dari gambar menonjol dari background. Cara utama untuk mendapatkannya adalah memperoleh subjek yang warna atau tone nya berbeza secara radikal dengan background. - Framing
Bila subjek secara khusus mempunyai bentuk yang kuat, penuhkan frame dengan subjek. Samada dengan cara menggunakan lensa dan fokus lebih panjang atau bergerak mendekati subjek. - Shooting position
Ketika kita merasa bosan dengan komposisi yang sama, cubalah mengubah sudut pandangan sepenuhnya. Misalnya posisi duduk ke posisi berdiri atau pengambilan sudut dari atas atau bawah dari subjek. - Number of subject
Merakam dengan banyak subjek yang relatif seragam kurang menarik dari pandangan komposisi. Temukanlah salah satu subjek yang ‘berbeza’ diantara kebanyakan subjek tersebut. Berbeza diertikan sebagai berbeza gerakan, bentuk dan warna.