- Next »
- « Previous
SPECIAL EFFECT
A. KAKI LANGIT (SKYLINE)
Ia adalah sangat cantik dan effect yang mudah. Hanya cari skyline yang menarik - yang biasanya terdapat berdekatan di horizon atau jarak pusat dan tunggu masa sehingga salah satu dari matahari terbit atau terbenam. Sekarang meter pada tompok kecerahan dalam pemandangan tersebut, latar depan akan menjadi gelap keseluruhannya dalam hasil gambar nanti. Disebabkan oleh ini anda letakkan latar depan di bahagian sepertiga (RO3) bawah gambar - pastinya bahagian gelap adalah sesuatu yang tidak cukup menarik untuk memberikan ruang yang lebih walaupun warna langit adalah tarikan yang utama di sini. Skyline bukan lagi daripada situasi istimewa 'backlit' tetapi ianya mempunyai effect yang lebih besar lagi.
B. DEDAHAN LAMA (LONG TIME EXPOSURE)
B.1 Gerakan Kabur (Motion Blurring)
Biasanya kita cuba untuk elakkan gerakan kabur tetapi kadang-kadang apabila digunakan dengan dedahan yang sangat lama akan menghasilkan satu gambar yang sangat menarik. Cuba lihat gambar pertama di bawah. Ia telah di beri dedahan selama 20 saat jadi kereta di lebuhraya telah mengalami perubahan satu garisan cahaya. Ia juga biasanya dipanggil 'light trail'.
Adakalanya gerakan kabur juga boleh terjadi daripada pergerakan cepat sesuatu objek tanpa menggunakan dedahan yang lama seperti orang sedang berjalan/berlari, keretapi dan sebagainya.
Gerakan kabur juga kadang-kadang memberikan kesan yang menarik pada potrait. Ia dinamakan 'potraiture motion blur'.
B.2 Bridalveil
Kesan "Bridalveil" biasanya digunakan pada air terjun. Ia bukan lagi suatu dedahan lama yang mudah jadi anda memerlukan tripod. Kesannya bermula untuk mendapatkan kecerahan dengan dedahan dari 1/2 saat dan ke atas. Keadaan sekeliling masih sama semasa air jatuh menyebabkan ia mengeluarkan cahaya cerah. Lebih lama dedahan akan meningkatkan lagi 'bridalveil'. Tempoh dedahan paling baik juga bergantung pada ketinggian air terjun tetapi cadangan yang baik sekitar 4-8 saat secara kasarnya.
B.3 Zoom Blurring
Kesan ini dicapai dengan memilih tempoh dedahan lama secara relatif dan 'zooming' hanya selepas shutter dilepaskan. Gambar di bawah menunjukkan sedikit kesan 'koma' kerana 'zooming' berlaku sebelum shutter di tutup. Di sini terdapat kemungkinan perbezaan yang banyak.
C. PANNING
Gambar pertama sangat kemas dan hanya sebagai yang kebiasaannya di kehendaki dalam majalah sukan dan sebagainya. Ia menunjukkan gambar yang jelas sebuah kereta ralli yang di rakam menggunakan kelajuan shutter sekitar 1/500 saat. Cantik tetapi ia tidak menunjukkan sebarang kesenian kecuali kupayaan kamera meramalkan AF.
Gambar seterusnya pula lebih ekstrem. Anda dapat lihat hanya bahagian nombor 8 yang sangat kecil dan jelas. Gambar ini dirakam dengan 1/30 saat pada 300mm. Sudut pergerakan sangat luas jadi setiap perincian disekeliling pusat ketajaman hilang dalam gerakan. Seperti gambar yang tiada mencerminkan realiti tetapi menunjukkan mood yang sangat dinamik.
D. DRAMATIC PERSPECTIVES
Kesan gambar ini sangat menarik kerana ia menunjukkan sesuatu yang luar biasa. Ini dapat di capai dengan subjek yang menarik atau lebih atau kurang teknik fotografi yang canggih. Walaubagaimanapun ia juga munasabah hanya mempergunakan ciri istimewa fizikal lensa. Lebih-lebih lagi lensa 'ultra-wide' yang memberi beberapa efek menarik. Seperti efek pada gambar yang ditunjukkan di bawah ianya terlalu ekstrem untuk kegunaan biasa jadi kendalikan ia dengan sebaiknya.
Cara yang mudah untuk membina perspektif menjadi lebih ekstrem adalah dengan menggunakan lensa 'fisheye'. Ia bukanlah benar-benar lebih kepada lensa yang bertujuan istimewa yang mana ia tidak dapat digunakan terlalu banyak untuk menghasilkan efek dalam fotografi. Fisheye biasanya adalah lensa ultra-wide yang mana tidak boleh memperbetulkan sebarang natural distortion. Gambar dibawah menunjukkan hasilnya. Efek di utamakan walaupun anda menghalakan lensa ke salah satu naik atau turun.
Gambar seterusnya menunjukkan perspektif yang agak ekstrem dengan lensa ultra-wide yang biasa. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana pengurangan saiz objek yang sangat besar hanya dengan memberi keutamaan lebih kepada langit yang luas. Lihatlah efek awan yang menarik di sini - langit kelihatan membengkok.
Dengan lensa ultra-wide juga objek dekat akan kelihatan seperti membesar. Itulah yang terjadi pada gambar lelaki di bawah dan kanak-kanak tersebut. Bahagian kaki lelaki tersebut sangat kecil jika dibandingkan dengan muka dan muka kanak-kanak pula kelihatan lebih besar.
E. PEMANTULAN ( REFLECTIONS)
Kebanyakan permukaan benda bukan hanya memantulkan warna benda itu sendiri tetapi juga pantulan bentuk dari objek lain. Air sudah tentu paling lazim menjadi natural cermin yang terdapat dalam fikiran kita tetapi benda yang bergilap atau kaca juga mempunyai pantulan terbaik. Sudah tentu objek pantulan memberikan peluang yang menarik dalam fotografi.
Memang benar pantulan subjek utama tidak menjadi keperluan selalu. Terutamanya dalam pemandangan malam yang mana kontur/bentuk subjek hilang tetapi beberapa pantulan yang tidak rata masih memberikan kesan yang teratur yang sangat menarik. Gambar dibawah hanya menunjukkan pantulan dari sumber cahaya. Anda dapat lihat bentuk bangunan tidak kelihatan pada tasik tersebut.
Comments
mararia..thanks