PENGGUNAAN CAHAYA (USING LIGHT)
A. CAHAYA SOROTAN (SPOTLIGHT)
Kemungkinan lain untuk meningkatkan lagi kecantikkan pada subjek utama yang penting adalah melihat pada cahaya sorotan (spot light). Kawasan gelap sekeliling subjek anda memainkan peranan dalam frame. Sudah tentu disini penggunaan metering sangat rumit. Penggunaan 'spot' atau 'center-weighted' sememangnya satu idea yang baik.
Cahaya sorotan terus (direct spot light) menjadi sempurna jika cahaya tepi dipilih dengan berhati-hati seperti hasil dalam gambar dibawah yang dikira memuaskan juga.
B. HI-KEY dan LOW-KEY
'Contrast' antara objek dan yang disekelilingnya boleh salah satunya memberi tekanan yang penting dengan kontras yang tinggi atau sembunyikan ia melalui kontras rendah (low contrast).
Gambar dibawah menunjukkan bahagian terang (bright) objek terletak di depan latarbelakang yang gelap. Ini dinamakan LOW-KEY.
Sudah tentu gambar dibawah ini akan dihasilkan dengan cara lain juga. Keadaan terang yang mengelilingi subjek utama yang mana ia hampir-hampir sama ton nya dengan keadaan sekeliling/latarbelakang yang terang. Subjek tersebut dipanggil HI-KEY.
Gambar ini dinamakan hi-key silhouette
C. BACKLIT
Gunakanlah kelebihan yang ada dalam pemandangan dengan objek setengah lutsinar (semi-transparent) yang betul-betul memberi faedah dalam banyak situasi. Lihat pada kepala burung dibawah. Efek berkilat membuatkan contrast sangat cantik dan menarik pada kepala. Objek lain yang lebih sesuai untuk komposisi jenis ini adalah seperti rambut (potrait), ais atau kulit.
Situasi bagi jenis cahaya ini memerlukan 'lens hood' jika tidak gambar anda akan cacat dari masalah 'flare' dan kehilangan 'contrast' yang penting.
Kesan 'lens flare' akibat tidak menggunakan hood
D. MONOCHROMATIC LIGHT
Seperti gambar dibawah ia tidak menunjukkan banyak perbezaan pada warna dan ini dipanggil 'monochromatic'. Kesannya pada kita kerap sedikit ganjil kerana kita tidak mempunyai sebarang persinggahan dalam imej dimana kita perlu memulakan analisis tersebut. Bagaimanapun kekeliruan ini munasabah menjadikan gambar 'monochromatic' sangat menarik kerana kita perlu memikirkan tahap kepekaan pada situasi.
Foto oleh Horst Schneider
E. MOODY LIGHT
Bahagian ini sebenarnya bukanlah penjelasan dalam teknik fotografi tetapi isu utamanya adalah dalam pengambilan gambar nature untuk lebih menarik adalah anda harus selalu berada disitu. Kebanyakan gambar tidak dirancang. Satu masalah utama disini adalah bahawa mood cahaya akan hilang sepantas seperti ia datang. Jadi idea yang bagus adalah merakam moment tersebut dahulu sebanyak mungkin dan kritik kemudian - menunggu perfect moment biasanya akan kehilangan moment tersebut. Dalam jumlah gambar yang kita rakamkan itu sudah tentu tidak terlalu banyak yang mengecewakan hingga tiada gambar yang menarik, jadi eksperimen lah dan SHOOT, SHOOT, SHOOT!
F. COLORS
Komposisi imej adalah tentang cahaya dan cahaya adalah tentang contrast/brightness dan warna. Ia juga adalah idea yang bagus untuk melakukan kelainan warna seberapa banyak yang mungkin (hasilnya seperti gambar monochromatic apabila cahaya ekstrem) atau untuk menjadikan contrast warna dengan melihat pada warna iaitu merah, hijau dan biru. Lebih tulen asas warna, lebih ekstrem adalah perbezaan contrast warna menjadikan imej menarik. Di situ terdapat pelbagai kemungkinan untuk menambah saturation warna dan contrast. Polarizer filter adalah pilihan yang paling popular. Filter ini bertindak dengan baik untuk meningkatkan warna seumpama biru langit atau objek berkilat seperti laut atau sebarang objek yang bukan metalik. Kesannya di maksimakan pada kedudukan matahari 90 darjah. Biasanya disini ia bagus untuk tidak pergi ke maksimum. Kepakaran dalam filter warna ini juga dapat membantu di sini.
Gambar dibawah adalah contoh warna contrast.
RED vs BLUE
YELLOW vs PINK
YELLOW vs RED
Gambar seterusnya menjelaskan bahawa kita masih boleh mendapat gambar yang menarik dengan pilihan warna yang sangat terhad. Keterhadan ini sangat membuatkan gambar selalu menarik kerana ia hanya begitu luarbiasa.
Foto oleh Horst Schneider
Kita boleh mendapatkan komposisi yang cantik pada subjek yang menarik tetapi ia sebenarnya hanya beberapa perkara yang hebat daripada pemandangan yang sangat berwarna warni - seperti gambar yang serta merta menarik semua perhatian pemerhati. Pastikan bahawa kita kendalikannya seperti subjek dengan keadaan pada masa itu kerana kesan (effect) biasanya terhad untuk memberi kejutan awal pada pemerhati.
Foto oleh Horst Schneider