A. KAKI LANGIT (SKYLINE)
Ia adalah sangat cantik dan effect yang mudah. Hanya cari skyline yang menarik - yang biasanya terdapat berdekatan di horizon atau jarak pusat dan tunggu masa sehingga salah satu dari matahari terbit atau terbenam. Sekarang meter pada tompok kecerahan dalam pemandangan tersebut, latar depan akan menjadi gelap keseluruhannya dalam hasil gambar nanti. Disebabkan oleh ini anda letakkan latar depan di bahagian sepertiga (RO3) bawah gambar - pastinya bahagian gelap adalah sesuatu yang tidak cukup menarik untuk memberikan ruang yang lebih walaupun warna langit adalah tarikan yang utama di sini. Skyline bukan lagi daripada situasi istimewa 'backlit' tetapi ianya mempunyai effect yang lebih besar lagi.
B. DEDAHAN LAMA (LONG TIME EXPOSURE)
B.1 Gerakan Kabur (Motion Blurring)
Biasanya kita cuba untuk elakkan gerakan kabur tetapi kadang-kadang apabila digunakan dengan dedahan yang sangat lama akan menghasilkan satu gambar yang sangat menarik. Cuba lihat gambar pertama di bawah. Ia telah di beri dedahan selama 20 saat jadi kereta di lebuhraya telah mengalami perubahan satu garisan cahaya. Ia juga biasanya dipanggil 'light trail'.
Adakalanya gerakan kabur juga boleh terjadi daripada pergerakan cepat sesuatu objek tanpa menggunakan dedahan yang lama seperti orang sedang berjalan/berlari, keretapi dan sebagainya.
Gerakan kabur juga kadang-kadang memberikan kesan yang menarik pada potrait. Ia dinamakan 'potraiture motion blur'.
B.2 Bridalveil
Kesan "Bridalveil" biasanya digunakan pada air terjun. Ia bukan lagi suatu dedahan lama yang mudah jadi anda memerlukan tripod. Kesannya bermula untuk mendapatkan kecerahan dengan dedahan dari 1/2 saat dan ke atas. Keadaan sekeliling masih sama semasa air jatuh menyebabkan ia mengeluarkan cahaya cerah. Lebih lama dedahan akan meningkatkan lagi 'bridalveil'. Tempoh dedahan paling baik juga bergantung pada ketinggian air terjun tetapi cadangan yang baik sekitar 4-8 saat secara kasarnya.
B.3 Zoom Blurring
Kesan ini dicapai dengan memilih tempoh dedahan lama secara relatif dan 'zooming' hanya selepas shutter dilepaskan. Gambar di bawah menunjukkan sedikit kesan 'koma' kerana 'zooming' berlaku sebelum shutter di tutup. Di sini terdapat kemungkinan perbezaan yang banyak.
C. PANNING
Gambar pertama sangat kemas dan hanya sebagai yang kebiasaannya di kehendaki dalam majalah sukan dan sebagainya. Ia menunjukkan gambar yang jelas sebuah kereta ralli yang di rakam menggunakan kelajuan shutter sekitar 1/500 saat. Cantik tetapi ia tidak menunjukkan sebarang kesenian kecuali kupayaan kamera meramalkan AF.
Gambar seterusnya pula lebih ekstrem. Anda dapat lihat hanya bahagian nombor 8 yang sangat kecil dan jelas. Gambar ini dirakam dengan 1/30 saat pada 300mm. Sudut pergerakan sangat luas jadi setiap perincian disekeliling pusat ketajaman hilang dalam gerakan. Seperti gambar yang tiada mencerminkan realiti tetapi menunjukkan mood yang sangat dinamik.
D. DRAMATIC PERSPECTIVES
Kesan gambar ini sangat menarik kerana ia menunjukkan sesuatu yang luar biasa. Ini dapat di capai dengan subjek yang menarik atau lebih atau kurang teknik fotografi yang canggih. Walaubagaimanapun ia juga munasabah hanya mempergunakan ciri istimewa fizikal lensa. Lebih-lebih lagi lensa 'ultra-wide' yang memberi beberapa efek menarik. Seperti efek pada gambar yang ditunjukkan di bawah ianya terlalu ekstrem untuk kegunaan biasa jadi kendalikan ia dengan sebaiknya.
Cara yang mudah untuk membina perspektif menjadi lebih ekstrem adalah dengan menggunakan lensa 'fisheye'. Ia bukanlah benar-benar lebih kepada lensa yang bertujuan istimewa yang mana ia tidak dapat digunakan terlalu banyak untuk menghasilkan efek dalam fotografi. Fisheye biasanya adalah lensa ultra-wide yang mana tidak boleh memperbetulkan sebarang natural distortion. Gambar dibawah menunjukkan hasilnya. Efek di utamakan walaupun anda menghalakan lensa ke salah satu naik atau turun.
Gambar seterusnya menunjukkan perspektif yang agak ekstrem dengan lensa ultra-wide yang biasa. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana pengurangan saiz objek yang sangat besar hanya dengan memberi keutamaan lebih kepada langit yang luas. Lihatlah efek awan yang menarik di sini - langit kelihatan membengkok.
Dengan lensa ultra-wide juga objek dekat akan kelihatan seperti membesar. Itulah yang terjadi pada gambar lelaki di bawah dan kanak-kanak tersebut. Bahagian kaki lelaki tersebut sangat kecil jika dibandingkan dengan muka dan muka kanak-kanak pula kelihatan lebih besar.
E. PEMANTULAN ( REFLECTIONS)
Kebanyakan permukaan benda bukan hanya memantulkan warna benda itu sendiri tetapi juga pantulan bentuk dari objek lain. Air sudah tentu paling lazim menjadi natural cermin yang terdapat dalam fikiran kita tetapi benda yang bergilap atau kaca juga mempunyai pantulan terbaik. Sudah tentu objek pantulan memberikan peluang yang menarik dalam fotografi.
Memang benar pantulan subjek utama tidak menjadi keperluan selalu. Terutamanya dalam pemandangan malam yang mana kontur/bentuk subjek hilang tetapi beberapa pantulan yang tidak rata masih memberikan kesan yang teratur yang sangat menarik. Gambar dibawah hanya menunjukkan pantulan dari sumber cahaya. Anda dapat lihat bentuk bangunan tidak kelihatan pada tasik tersebut.
A. CAHAYA SOROTAN (SPOTLIGHT)
Kemungkinan lain untuk meningkatkan lagi kecantikkan pada subjek utama yang penting adalah melihat pada cahaya sorotan (spot light). Kawasan gelap sekeliling subjek anda memainkan peranan dalam frame. Sudah tentu disini penggunaan metering sangat rumit. Penggunaan 'spot' atau 'center-weighted' sememangnya satu idea yang baik.
Cahaya sorotan terus (direct spot light) menjadi sempurna jika cahaya tepi dipilih dengan berhati-hati seperti hasil dalam gambar dibawah yang dikira memuaskan juga.
B. HI-KEY dan LOW-KEY
'Contrast' antara objek dan yang disekelilingnya boleh salah satunya memberi tekanan yang penting dengan kontras yang tinggi atau sembunyikan ia melalui kontras rendah (low contrast).
Gambar dibawah menunjukkan bahagian terang (bright) objek terletak di depan latarbelakang yang gelap. Ini dinamakan LOW-KEY.
Sudah tentu gambar dibawah ini akan dihasilkan dengan cara lain juga. Keadaan terang yang mengelilingi subjek utama yang mana ia hampir-hampir sama ton nya dengan keadaan sekeliling/latarbelakang yang terang. Subjek tersebut dipanggil HI-KEY.
Gambar ini dinamakan hi-key silhouette
C. BACKLIT
Gunakanlah kelebihan yang ada dalam pemandangan dengan objek setengah lutsinar (semi-transparent) yang betul-betul memberi faedah dalam banyak situasi. Lihat pada kepala burung dibawah. Efek berkilat membuatkan contrast sangat cantik dan menarik pada kepala. Objek lain yang lebih sesuai untuk komposisi jenis ini adalah seperti rambut (potrait), ais atau kulit.
Situasi bagi jenis cahaya ini memerlukan 'lens hood' jika tidak gambar anda akan cacat dari masalah 'flare' dan kehilangan 'contrast' yang penting.
Kesan 'lens flare' akibat tidak menggunakan hood
D. MONOCHROMATIC LIGHT
Seperti gambar dibawah ia tidak menunjukkan banyak perbezaan pada warna dan ini dipanggil 'monochromatic'. Kesannya pada kita kerap sedikit ganjil kerana kita tidak mempunyai sebarang persinggahan dalam imej dimana kita perlu memulakan analisis tersebut. Bagaimanapun kekeliruan ini munasabah menjadikan gambar 'monochromatic' sangat menarik kerana kita perlu memikirkan tahap kepekaan pada situasi.
Foto oleh Horst Schneider
E. MOODY LIGHT
Bahagian ini sebenarnya bukanlah penjelasan dalam teknik fotografi tetapi isu utamanya adalah dalam pengambilan gambar nature untuk lebih menarik adalah anda harus selalu berada disitu. Kebanyakan gambar tidak dirancang. Satu masalah utama disini adalah bahawa mood cahaya akan hilang sepantas seperti ia datang. Jadi idea yang bagus adalah merakam moment tersebut dahulu sebanyak mungkin dan kritik kemudian - menunggu perfect moment biasanya akan kehilangan moment tersebut. Dalam jumlah gambar yang kita rakamkan itu sudah tentu tidak terlalu banyak yang mengecewakan hingga tiada gambar yang menarik, jadi eksperimen lah dan SHOOT, SHOOT, SHOOT!
F. COLORS
Komposisi imej adalah tentang cahaya dan cahaya adalah tentang contrast/brightness dan warna. Ia juga adalah idea yang bagus untuk melakukan kelainan warna seberapa banyak yang mungkin (hasilnya seperti gambar monochromatic apabila cahaya ekstrem) atau untuk menjadikan contrast warna dengan melihat pada warna iaitu merah, hijau dan biru. Lebih tulen asas warna, lebih ekstrem adalah perbezaan contrast warna menjadikan imej menarik. Di situ terdapat pelbagai kemungkinan untuk menambah saturation warna dan contrast. Polarizer filter adalah pilihan yang paling popular. Filter ini bertindak dengan baik untuk meningkatkan warna seumpama biru langit atau objek berkilat seperti laut atau sebarang objek yang bukan metalik. Kesannya di maksimakan pada kedudukan matahari 90 darjah. Biasanya disini ia bagus untuk tidak pergi ke maksimum. Kepakaran dalam filter warna ini juga dapat membantu di sini.
Gambar dibawah adalah contoh warna contrast.
RED vs BLUE
YELLOW vs PINK
YELLOW vs RED
Gambar seterusnya menjelaskan bahawa kita masih boleh mendapat gambar yang menarik dengan pilihan warna yang sangat terhad. Keterhadan ini sangat membuatkan gambar selalu menarik kerana ia hanya begitu luarbiasa.
Foto oleh Horst Schneider
Kita boleh mendapatkan komposisi yang cantik pada subjek yang menarik tetapi ia sebenarnya hanya beberapa perkara yang hebat daripada pemandangan yang sangat berwarna warni - seperti gambar yang serta merta menarik semua perhatian pemerhati. Pastikan bahawa kita kendalikannya seperti subjek dengan keadaan pada masa itu kerana kesan (effect) biasanya terhad untuk memberi kejutan awal pada pemerhati.
Foto oleh Horst Schneider
No light = No picture
Cahaya adalah ramuan asas untuk fotografi yang baik. Ketiadaan hasil cahaya bermakna tiada bermakna sesebuah gambar itu. Dengan menimbangkan sumber cahaya, anda dapat membuat pelbagai jenis mood dan gambar. Terdapat empat jenis pencahayaan yang boleh anda gunakan apabila menghasilkan sesebuah gambar:
a. Cahaya Depan (Front Light)
b. Cahaya Tepi (Side Light)
c. Cahaya Belakang (Back Light)
d. Cahaya Rata/Sekata (Flat Light)
A.CAHAYA DEPAN (FRONT LIGHT)
Kebanyakan gambar menggunakan pencahayaan depan dimana cahaya terkena terus pada subjek. Jenis cahaya ini biasanya menjadi insurans cerah/terang pada gambar, dedahan yang baik pada gambar tetapi ia boleh membuatkan orang mata juling kerana mereka melihat terus ke sumber cahaya seperti cahaya matahari.
A.CAHAYA TEPI (SIDE LIGHT)
Pencahayaan tepi bermaksud cahaya yang terkena bahagian subjek dari arah tepi. Jenis pencahayaan ini biasanya membuatkan hanya sebahagian bayang-bayang pada subjek dan ia biasanya dihasilkan oleh fotografer dan artis yang dipanggil modelling ataupun pada sebarang potrait, dimana rupa/bentuk subjek mendedahkan sebarang riak muka, lekak lekuk badan atau berongga.
Gambar lanskap pemandangan lebih cantik apabila cahaya matahari berada dibawah langit, yang ketika itu dalam pencahayaan tepi. Dari jam 10 pagi hingga 3 petang adalah waktu yang terang, cuaca yang cerah dan panas adalah masa yang paling buruk untuk mengambil gambar luar (outdoor). Waktu awal pagi dan akhir petang akan menghasilkan lebih basahan warna(saturation color) dan bayang-bayang menarik yang akan mencipta tekstur atau corak (pattern). Waktu ini juga yang dipanggil sebagai masa emas (golden hour).
A.CAHAYA BELAKANG (BACK LIGHT)
Apabila sumber cahaya dari belakang atau terus dari atas subjek, barangkali anda tidak akan mendapat lebih banyak perincian dalam subjek tetapi anda akan dapat bayang-bayang (silhouette) dan kadang-kadang efek lingkaran cahaya mengelilingi matahari (halo). Cahaya belakang boleh menjadi sangat dramatik tetapi ia boleh juga menyebabkan bayang/gelap dan kurang dedahan (underexposed) pada gambar. Harus peka pada cahaya belakang jika subjek di hadapan tingkap/pintu.
Jika subjek anda diterangi cahaya dari belakang dan anda mahu melihatnya secara terperinci dari hadapan, gunakan 'flash' untuk menghilangkan bayang/gelap. Ini juga idea yang bagus jika subjek anda memakai topi atau penutup kepala yang mana akan menghilangkan bayang/gelap pada mukanya apabila sumber cahaya terus terkena dari bahagian atasnya.
A.CAHAYA RATA/SEKATA (FLAT LIGHT)
Cahaya rata/sekata terjadi apabila langit berkabus atau sinaran berlebihan, jadi ia memperlihatkan lebih putih atau kelabu terang daripada biru. Disitu tiada panduan yang jelas pada cahaya, jadi pada dasarnya ia tiada bayang/gelap. Ini adalah jenis cahaya yang para profesional fotografer lebih gemar kerana mereka boleh mengawal cahaya pada subjek dengan menggunakan flash jika perlu. Cahaya rata sangat sekata, jadi ia adalah masa yang baik untuk mengambil close-up muka. Cahaya rata lebih lembut (soft) daripada kecerahan cahaya matahari, jadi anda akan mendapat lebih senyuman yang natural kerana subjek anda tidak akan mempunyai juling mata.
Bergantung pada pemilihan aperture (f-stop), 'focal length' dan jarak fokus, anda mempunyai beberapa depth-of-field (DOF). DOF membawa pengertian apabila lensa menfokus kepada sesuatu subjek di dalam sesuatu jarak , semua subjek dalam jarak tersebut akan berada dalam fokus , subjek yang tidak berada di dalam jarak fokus akan kabur. Zon ketajaman adalah dirujuk sebagai julat fokus (depth of field). Oleh itu, bertambah julat fokus meningkatkan ketajaman.
Gambar dibawah (aperture besar) mengecilkan zon kecil dalam julat fokus.
Gambar seterusnya (sama julat fokus) tetapi menggunakan aperture kecil
untuk mendapatkan maksimum DOF.
Gambar seterusnya (aperture besar) mengecilkan latar depan (foreground) ...
... yang mana ini pula menggunakan berlainan julat fokus (aperture sama spt gambar diatas).
Sumber foto oleh Michael Wagner.
Lihat pada gambar pertama di bawah. Latar belakang gunung berapi tetap menguasai bahagian landskap malah ia lebih lagi. Di sini kita mempunyai dua lapisan tambahan iaitu latar depan dan tengah-tengah. Kedua-duanya tidak terlalu memberi kesan menarik tetapi ia menambah sedikit tentangan pada pemandangan. Ia agak sama pula dengan gambar kedua. Tidak sama sekali objek dapat memberi keistimewaan dan barangkali tiada nilai pada gambar. Walaubagaimanapun keseluruhan lapisan pemandangan benar-benar cantik dengan kekaburan gunung-ganang pada latar belakangnya, batu-batuan dalam laut biru dan struktur yang baik pada latar depannya.
Gambar 1
Gambar 2
Foto oleh Horst Schneider
Dua gambar dibawah menunjukkan kesan satu lapisan tambahan. Gambar kiri menunjukkan gunung-ganang yang menarik tapi walaubagaimanapun ia kelihatan sedikit kosong. Gambar kanan pula kelihatan lebih menarik dengan menampakkan subjek rumah.
Ia juga dipanggil sebagai 'Tight Shoot'. Lensa Tele selalunya digunakan untuk mengasingkan atau mengutamakan sesuatu objek seperti potret, sukan atau hidupan liar (wildlife) tetapi ia sebenarnya melakukan lebih daripada itu. Perbezaannya, pada kesan kedalaman adalah dengan menggunakan lensa wide-angle, lensa Tele dapat memampat pemandangan atau mengasingkan atau objek istimewa.
Secara teknikal pemampatan adalah fungsi penjarakkan dan pembesaran. Penjarakkan yang dekat dan pembesaran yang tinggi (longer focal lenght) disebut mempunyai lebih efek.
1.CROSSING/DIAGONALS LINES
Crossing Lines/diagonals sebenarnya adalah pengertian lain yang mempermudahkan definisi tentang 'golden mean'. Idea asas adalah untuk menyediakan sedikit panduan pada mata untuk diikuti. Ia idea yang bagus meletakkan permulaaan atau perangkhiran line kedalam satu daripada penjuru. Unsur klasik menerangkan bahawa penjuru bahagian kiri paling tinggi adalah point permulaan terbaik kerana kebanyakan orang bermula dengan melintangkan gambar dari sini. Walaubagimanapun ia tidak boleh melanggar peraturan ini (lihat gambar kedua). Hanya garisan lurus menjadi cantik tetapi membosankan jadi disitu mungkin terjadi beberapa jenis yang mengganggu gambar.
Gambar dibawah menunjukkan fokus point dimana terdapat banyak garisan, jadi ia sudah cukup memberi panduan pada mata mengikutinya untuk menghasilkan gambar yang menarik.
Gambar dibawah mempunyai dua pangkalan iaitu bot dan pondok berteduh. Ini hanya menyebabkan gangguan pada gambar ini melainkan ia komposisi symmetrical.
Foto oleh Horst Scheider
2.LEADING LINES
'Leading Line' boleh jadi kebanyakan apa sahaja seperti jalan, lorong, tepi jalan, pagar, sungai, pagar daripada pokok kecil, barisan pokok atau bayang-bayang. Anda tidak akan menemui 'leading line' yang kuat disekeliling setiap subjek tetapi anda boleh melihatnya jika ia ada depan anda dan gunakan kelebihannya. Garisan dalam gambar juga adalah yang utama, tidak diluar gambar tersebut dan ia akan membawa mata anda ke arah subjek utama. Kadang-kadang ia adalah perkara bagi memilih sudut yang betul atau point of view untuk membuat 'leading line' menjadi subjek utama dalam sesebuah gambar. Mulakan leading line dari sudut gambar anda akan selalu memperbaiki komposisi anda.
Dalam fotografi, framing adalah salah satu daripada komposisi dimana teknik digunakan bagi tujuan menumpukan fokus pada sesuatu subjek.
Frame membawa dua tujuan dalam pembikinannya iaitu imej yang lebih indah dan memelihara fokus objek dalam frame tersebut. Ia menambah ketajaman pada imej dan boleh menjadi lebih hebat pada gambar apabila sesuatu dihubungkan pada objek yang menjadi frame.